Selamat Hari Jadi, Laut Kegembiraan!

Hari ini,
Ku rasa gembira,
Kerana kawan ku lahir,
Hari ini,
Mari kita nyanyi,
Lagu yang cuma datang setahun sekali,
~Se-la-mat Ha-ri Ja-di~

Tanggal dua puluh lima,
Laut kegembiraan sudah tua setahun,
Semoga gembira selalu,
Dengan kawan dan keluarga sekali.

Jangan lah peduli,
Pasal kekejaman duniawi,
Pasal kesedihan dan kekosongan,
Mari kita lupakan,
Cuma untuk sehari,
Kita pastikan kegembiraan melanda.

Jadikan hari ini,
Satu hari yang terpahat dalam memori,
Hari yang boleh buat anda tersenyum semasa mengenang.

Comments

Popular Posts