Selamat Hari Jadi, Aizat!

Selamat selama-lamanya,
Setiap hari jadi,
Sehingga akhir hayat.
Dibuai impian dan azam,
Dibawa masa dan usaha,
Membina harapan masa depan,
Menerokai idea baru dan lama,
Mengkaji usaha zaman dahulu kala,
Ingatlah hidup 28 tahun ini,
Semua membawa makna,
Setiap air mata dan ketawa,
Tersirat makna erti hidup,
Yakini lah pada potensi diri,
Terimalah hakikat yang dunia ini tidak sempurna,
Namun ini tidak bererti kita berhenti berusaha,
Untuk menjadi yang terbaik dalam segala bidang,
Bintang di langit menjadi destinasi kita,
Kalau gagal sekalipun,
Ada pemandangan indah bila jatuh.
Ingati lah nasihat ini,
Kawan baik ku yang tua setahun,
Asas dunia ini sememangnya kejam,
Namun ini tidak bermakna,
Kita sendiri harus menjadi kejam.
Kuasa selalu makan diri,
Jangan tamak dengan kuasa,
Pengakhirannya tidak pernah indah.
Jodoh itu tak boleh dipaksa,
Kalau dah takdir,
Tidak ada apa yang boleh menghalang cinta.
Manusia dilahirkan dalam keluarga tanpa pilihan,
Kawan sejati adalah keluarga pilihan.


Popular Posts